Tempat : Twin Court, Batu 50




Ternyata pertandingan Futsal Sahur 1 Malaysia yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Rakan Muda untuk tahun ini disambut meriah baik daripada pemain dan penyokong. Walaupun ianya hanya terbuka kepada 8 team dan kemudiannya menjadi 10 tetapi sambutannya dapat dirasai oleh sesiapa yang hadir pada malam itu.
Tahniah kepada Juara iaitu Team Azan, Naib Juara iaitu Team Kamal FC, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Team Simpang 6 dan Khucalana. Kesemua pemain nampaknya memberi persaingan yang sihat dan ternyata permainanan futsal merapatkan kembali ahli-ahli Kelab Rakan Muda Dungun.
Selain itu pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan permainan amal oleh Kelab Rakan Muda Dungun menentang Pejabat Belia & Sukan Dungun. Terima kasih kepada En. Zulbahari selaku Pegawai Belia & Sukan Dungun yang sanggup untuk turun padang.
Semoga pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada bulan-bulan berikutnya. Terima kasih kepada ajk kelab menjadi urusetia pertandingan.
Gambar : Facebook Alina | Neerza