Sunday, June 27, 2010

BBQ di Pantai Telok Lipat

Setelah berjaya mengadakan Kem Jatidiri di Sekayu tempohari, semua ahli jawatan kuasa meraikan kerjayaan di Pantai Telok Lipat. Dalam masa yang sama untuk meraikan hari jadi pengerusi kelab, Mohd Fadhil Bin Baharudin. BBQ ini tidak ada kena mengena dengan urusan kelab.







Gambar : Facebook (Orange Peace)

Perhatian!

Program 3K Belia Bestari (Kemahiran). Belia-belia berumur 18-25 tahun dari daerah Dungun dipelawa mengikuti latihan di TESDEC (Sijil SKM Tahap 1) bagi beberapa kursus. Antara kursus yang ditawarkan adalah:
  • Kursus Wiring,
  • Kursus Membaiki Kenderaan Bermotor,
  • Kursus Jahitan.

Kos latihan ditanggung oleh Jabatan Belia & Sukan. Mereka yg berminat boleh terus ke Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun secepat mungkin.


Gelagat Program Khemah Kerja Patriotik

Tarikh : 24-26 Jun 2010
Tempat : Kem Damai Beach Resort, Besut
Anjuran : Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu

Seramai 13 orang wakil dari Dungun dihantar untuk program ini dan jumlah keseluruhan peserta dari semua daerah adalah 46 orang.

Objektif program ini adalah untuk menyemai sikap patriotism dikalangan belia agar mereka lebih bertanggungjawab kepada negara, bangsa dan agama. Ia juga memberi pendedahan kepada belia tentang pentingnya keamanan, perpaduan dan kerjasama dalam sesebuah negara yang berbilang kaum.

Selain itu juga ia membimbing dan membina displin diri dikalangan belia kearah mewujudkan 1Malaysia yang bersatupadu, berketerampilan dan memahami sejarah perjuangan bangsa. Secara tak langsung budaya hidup yang sihat dikalangan belia serta meningkatkan tahap pengetahuan dan pemikiran belia ke arah menjana pembangunan negara sejajar dengan wawasan 2010.

Program ini juga menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti serta komited terhadap perjuangan negara.













Memandangkan telefon tidak dibenarkan untuk digunapakai dalam program ini, maka banyak gambar yang tidak boleh ditangkap.

Gambar : Facebook 1, 2, 3

Tuesday, June 22, 2010

Rukun Rakan Muda

Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) generasi muda peserta program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-

  1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.
  2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.
  3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.
  4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.
  5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.
  6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.
  7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program.


Friday, June 18, 2010

Kursus Asas Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2010

Tarikh : 15-18 Jun 2010
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Kuala Terengganu
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Terengganu

Peserta didedahkan tentang sejarah Wallclimbing pada mulanya. Banyak ilmu dikongsikan oleh En. Sabri bin Chick sebagai tenaga pengajar kami. Seramai 33 peserta dari setiap daerah hadir untuk turut sama belajar tentang suatu sukan rekreasi yang baru.

Antara ilmu yang diajar adalah jenis Wallclimbing yang terbahagi kepada 3 iaitu Speed Climbing, Lead Climbing dan Bouldering. Untuk peserta yang baru, climber memerlukan belaying untuk memastikan keselamatan antara satu sama lain.

Sebelum seseorang peserta mendaki wall, beberapa teknik ikatan didedahkan untuk dipratikkan semasa mendaki. Antara contoh ikatan adalah Thumb Knot, Fisherman Knot/Loop, Figure Of Eight Knot/Loop/Throught, Bouline, Clover/Italian Hitch, Hunter Bend dan pelbagai lagi. Ikatan ini tak semestinya digunakan untuk Wallclimbing sahaja kerana ia boleh digunakan oleh peserta untuk tujuan lain sebagai contoh untuk keselamatan, kegunaan seharian dan lain-lain lagi.

Semasa kursus ini berlangsung, peserta diberi ujian dan hampir semua peserta dapat menjawab dengan baik. Kemungkinan Kursus Wallclimbing tahap 1 akan diadakan nanti bagi pesera yang melepasi ujian dengan cemerlang. Seramai 3 orang wakil dari 5 orang wakil Kelab Rakan Muda Dungun berjaya melepasi ujian seperti yang dikehendaki.













Gambar : Facebook
Video : Facebook

Tuesday, June 15, 2010

Perhatian!

Kepada semua ahli-ahli Kelab Rakan Muda Dungun pada 18-25 jun 2010 kelab akan membuka boot di padang merdeka dungun. Sesiapa yang berminat untuk menjadi sukarelawan sila bagi nama kepada ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda secepat mungkin.


Sunday, June 13, 2010

Program Pemimpin Belia Berkaliber 2010

Tarikh : 10-13 Jun 2010
Tempat : Mayangsari Resort, Dungun
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun, Pejabat Belia & Sukan Daerah Marang

Para peserta yang hadir dari Daerah Dungun dan Daerah Marang.




Peserta-peserta dibahagikan mengikut kumpulan selepas sesi ice-breaking.




Nilai-nilai untuk menjadi pemimpin diterapkan dari semasa ke semasa.




Aktiviti kebajikan masyarakt dilakukan bersama di Masjid Che Lijah.




Sukarelawan Rakan Muda juga turut membantu menjayakan aktiviti ini selain peserta program dan penduduk kampung.




Sedikit cenderahati diserahkan kepada pihak JKKK Kampung Che Lijah sebagai tanda penhargaan.




Jemputan tetamu kehormat iaitu YB Ahli Parlimen Dungun, Tuan Haji Maltulidi Jusoh pada acara penutup majlis.




Setiap peserta dianugerahi sijil Program Pemimpin Belia Berkaliber 2010 oleh Tuan Haji Maltulidi Jusoh.




Tuesday, June 8, 2010

Perhatian!



Program Pemimpin Belia Berkaliber Daerah Dungun & Daerah Marang akan diadakan pada 10-13 Jun 2010 bertempat di Mayang Sari Resort, Dungun. Program ini mendapat anjuran dari kedua-dua Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun & Marang dengan kerjasama Majlis Daerah Dungun & Marang.

Semua peserta yang terlibat dikehendaki hadir.

(Marzuki)

Perhatian! (AJK Sahaja)

Esok 9 Jun pada jam 8.00 malam, bertempat di pantai Teluk Lipat Dungun akan diadakan barbeque secara tidak rasmi untuk meraikan kejayaan ahli jawatan kuasa yang telah bertungkus-lumus menjayakan program Kem Jatidiri di Taman Pertanian Sekayu tempoh hari. Dijemput kepada semua ahli jawatankuasa hadir untuk meraikan kejayaan anda.

(Fadhil + Azzam)


Kem Jatidiri Kelab Rakan Muda 2010

Tarikh : 6-7 Jun 2010
Tempat : Sekayu, Besut
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun

Kem yang dijalankan disertai 47 peserta kebanyakkannya pelajar yang masih bersekolah dan pelajar lepasan sekolah. Semoga matlamat untuk meningkatkan jatidiri, kepimpinan dan displin pelajar-pelajar yang telah diterapkan mampu digunakan sebaiknya oleh mereka untuk masa akan datang.

Walaupun program ini berjalan hanya 2 hari 1 malam tetapi diwajah peserta mereka kelihatan puas walaupun mereka berpenat-lelah melalui satu persatu acara yang dijalankan.

Ceramah khas yang diadakan oleh Encik Wan Marisa ternyata memberi kefahaman dan pengetahuan yang baru mengenai kelab RMD sepenuhnya kerana hampir sebahagian peserta adalah peserta baru dan mungkin baru pertama kali menghadiri akitiviti anjuran kelab RMD.

Selain itu setiap aktiviti yang dianjurakan memang tak sah kalau tak ada Encik Zul merangkap penasihat kelab RMD. Kata-kata beliau ternyata memberi manfaat kepada semua peserta dan urusetia. Beliau berharap program ini memberi satu lembaran baru untuk mengukuhkan jatidiri dan silaturahim antara semua.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Alhamdulillah.


Pengerusi yang tersayang, tak kisah pun tak ada tempat duduk walaupun tak cukup kerusi.




Sesampainya peserta terus diberi taklimat kem, arahan makan, teknik berkhemah, pantang larang dan segala macam. Di ketuai oleh Kem Komander yakni Abang Azzam.




Aktiviti air yang ditunggu-tunggu peserta, AJK pun macam tak pernah mandi mari ke sini. Semuanya nampak happy!




Peserta diberi tugasan. Ada yang berlakon dan ada yang bernyanyi. Mula-mula macam malu-malu akhirnya semua orang duk gelak-gelak ngan perangai kawan-kawan baru.




Ceramah mendalam tentang selok belok kelab RMD. Semua peserta memberi respon yang baik. Semoga ilmu yang dikongsi memberi manfaat bersama.




AJK penat. Masing-masing dah diberi tugas untuk berjaga malam. semuanya memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini.




Mula-mula senam cergas lepas tu keling mabuk. Punyalah ramai orang mabuk sampai masuk semak. AJk pun tak terkecuali, pengsan terus.




AJK yang paling tinggi saham selepas Abg Azzam, Abg Fadhil dan Abg Ikhlas. Abg Zedo tak masuk ranking.




Sebelum berangkat pulang masing2 berkumpul untuk bergambar. Harap2 semua happy!



Gambar : Facebook 1 | 2 | 3 (Kredit : Mohd Afiq dan Shahira Izuani)
Video : Facebook

(Marzuki)


Thursday, June 3, 2010

Perhatian!

Kepada peserta yang mengikuti Kem Jatidiri ke sekayu pada 5 dan 6 Jun ini diminta berkumpul di hadapan Pejabat Belia & Sukan Dungun pada pukul 8.30 pagi. Kepada sesiapa yang tiba lewat tidak akan dilayan. Harap dapat beri kerjasama.

Untuk mengurangkan pencemaran alam, semua peserta diminta membawa pinggan, sudu dan gelas sendiri selain daripada bekalan pakaian. Pengangkutan adalah bas!

Wednesday, June 2, 2010

Perhatian!



Senam Cergas Komuniti (Senamrobik) telah bertukar tempat Dari Padang Dewan Merdeka ke Taman Sura Jeti pada setiap Jumaat jam 7.30 hingga 8.30 pagi. Harap maklum.

Bagi yang belum mengetahui, penyertaan adalah percuma.

(Marzuki)