Saturday, May 29, 2010

Macam mana nak bagi info kat peserta RMD jika kita ada buat sesuatu program?

Macam yang saya cakapkan kat atas tu, ramai yang komplen bahawa mereka tak tahu menahu sangat jika sesuatu aktivti yang diadakan kat RMD dijalankan. Kita ni dahla bersusah-payah suruh diorang sertai RMD, tapi bila masa aktiviti ahli kelab RMD tak datang-datang atas alasan mereka tak tahu.

Apa yang ni nak disalahkan bukanlah mereka tapi kita sebagai ahli jawatan kuasa RMD. Kelab RMD kita ni bukanlah tak best lagipun kita sendiri pun tahu setiap minggu ada saja aktivitinya tapi masalah untamanya macam mana kita nak salurkan maklumat kepada ahli kelab RMD jika ada sesuatu aktiviti? Walaupun ia nampak seperti masalah terpencil tetapi kita sebagai ahli jawatan kuasa tak harus memandang remeh kerana kita adalah dalam satu komuniti bukan?

Saya rasa kalau nak salurkan maklumat hanya sekadar nak bagitahu secara online yakni Blog dan Facebook tu belum cukup kuat lagi sebab bukannya ramai yang ada perkhidmatan jalur lebar kat umah. Nak pergi cyber kafe setiap hari sanggup ke?

Lagipun Blog sebenarnya lebih tertumpu kepada perkongsian gambar, video dan maklumat dan Facebook pula adalah cara kita nak hebahkan tentang kelab RMD kita ke pengetahuan umum selain untuk berkenalan sesama kita.

Jadi apa pendapat anda tentang masalah ini, apa alternatif yang kita perlu buat untuk menjadikan kelab RMD lebih pantas untuk salurkan maklumat kepada ahlinya?

(Marzuki)


Friday, May 28, 2010

Himpunan Seribu Mawar

Kelab Rakan Muda Dungun telah mengadakan pameran pada 7 mei 2010 dan perasmian oleh YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin (Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia).











Gambar : Facebook

(Marzuki)


Perhatian!

Kepada semua sukarelawan rakan muda, sila berkumpul di Dewan Pejabat Rela 29 Mei untuk menjadi urusetia Skuad Muda Rela. Mohon kerjasama anda untuk berbakti kepada belia-belia daerah Dungun. Pakaian adalah baju skuad sukelawan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Nadia Fauzi di talian 09-8423121/09-8423122 atau terus naik ke Pejabat Belia & Sukan Dungun.


Perhatian!

Perhatian kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Dungun yang berminat untuk menyertai Perkhemahan Jati Diri di Tapak Perkhemahan Sekayu pada 05 hingga 06 Jun 2010. Bayaran hanya dikenakan RM20.00 setiap seorang untuk makan dan minum serta sewa tapak. Penyertaan ini juga terbuka semua dan terhad kepada 40orang peserta sahaja. Kami menggunakan bas sebagai pengangkutan perkhidmatan untuk perkhemahan ini. Bagi mereka yang mempunyai khemah sendiri dan inginkan lebih keselesaan, anda digalakkan membawanya kerana keperluan khemah yang disediakan adalah terhad. Tetapi, kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakkan khemah pemiliknya.

Kami akan membuat BBQ padang sidang malam selepas solat dan bacaan Yasin. Bacaan Yasin ini diketuai oleh saudara Muhazam Shah bin Mohamed Ali yang telah dilantik sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Pelabagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh setiap ahli jawatan kuasa perkhemahan kali ini mengikut kumpulan yang akan dibahagikan nanti.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Fadhil bin Baharudin di talian 013-4557020 untuk sebarang pertanyaan atau datang ke Pejabat Belia & Sukan Dungun.

Sila bagi nama secepat mungkin sebelum 01 Jun 2010 (Hari Selasa) agar bayaran dapat dikutip dan persiapan dapat disegerakan. Kerjasama anda amatlah dihargai.

(Marzuki)

Monday, May 17, 2010

Mesyuarat

Kepada semua ahli jawatan kuasa Rakan Muda Dungun pada malam esok akan diadakan mesyuarat tergempar pada 18 Mei 2010 pada pukul 8.30 malam di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Dungun. Kehadiran adalah diwajibkan.

Harap maklum.

Perhatian!

Kelab Rakan Muda Dungun akan mengadakan Seminar Kerjaya Sehari pada 22 Mei 2010 bertempat di Dewan Perpaduan Dungun pada pukul 8 pagi hingga 1 petang. Di jemput semua hadir untuk menjayakan program ini. Bagi pelajar lepasan SPM amatlah dialu-alukan.


Sunday, May 2, 2010

Latihan Kemahiran Tak Formal 2010

Program : Latihan Kemahiran Tidak Formal (Asas Jahitan Pakaian Wanita Dan Sulaman Manik)
Pada : 10, 17, 24 April Hingga 01, 08, 15, 22, dan 29 Mei 2010
Tempat : Kolej Utama Teras Timur Dungun
Yuran Pendaftaran : RM 10.00 Sahaja

Selama 5 kali berlangsungnya Latihan Kemahiran Tak Formal ni meriah juga. Masin-masing berkesempatan belajar asas jahitan pakaian wanita dan sulaman manik. Harap-harap boleh manfaatkannya bila dah berkeluarga ya!

Yang dah ada suami tu tolonglah tengok-tengokan poket baju suami kot-kot ada yang koyak.













Gambar : Facebook 1 & 2

(Marzuki)