Friday, April 30, 2010

Perhatian!



Pada 3.5.2010 akan diadakan mesyuarat di Pejabat Belia & Sukan Dungun pada pukul 8.30 malam. Diwajibkan semua ahli jawatankuasa menghadirkan diri. Harap maklum.

(Fadhil)


Monday, April 26, 2010

Perhatian!

Salam kepada semua ahli Kelab Rakan Muda Dungun, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun akan menganjurkan Senam Cergas Komuniti Hujung Minggu bermula pada 28 April 2010 bertempat di Padang Dewan Merdeka Dungun dan 1 Mei di Taman Tanjung Sura pada pukul 5.30 petang. Di pohon semua ahli kelab dan Ahli Jawatan Kuasa terutamanya turun padang untuk sama-sama menjayakan program ini. Penyertaan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Fadhil bin Baharudin, 013-4557020 untuk sebarang pertanyaan.

(Marzuki)

Kursus Rekreasi Luar Tahap Satu 2010

Tarikh : 22-24 April 2010
Tempat : Damai Beach Resort, Besut
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun

Nampaknya peserta kursus sudah selamat pulang ke rumah masing-masing kepenatan. Sepanjang 3 hari disana banyak pengalaman yang telah dikongsi kepada peserta dan diharapkan ia dapat bertambah untuk tahap seterusnya.

Antara pengalaman yang dapat kami pelajari adalah teori dan praktikal kem kraf, teori dan praktikal bag packing, teori dan praktikal ikatan dan simpulan tali, teori dan praktikal pertolongan cemas dan praktikal perkemahan kumpulan di dalam hutan.

Seramai 25 orang telah mendaftarkan diri dan pergi menaiki sebuah bas.


Kursus Rekreasi Luar Tahap 1 betul-betul meriah.




Sesampainya disini kami diajar bagaimana cara untuk memasang khemah dan kerjasama yang baik terlihat pada setiap kumpulan.




Masa untuk makan malam! Semua kerja memasak bergotong royong. Ada yang mencari kayu api, ada yang menyalakan api dan yang terakhir tidur kekenyangan,




Penerangan demi penerangan. Setiap peserta diminta mengambil perhatian.




Saat-saat yang ditunggu. Bukan senang nak mandi sama-sama ni.




Wah! Ada kayak. Memang rugilah siapa tak pergi. Pengalaman baru yang sangat menyeronokkan walaupun ada yang tak pandai berenang.




Huargh! Kami tak nak balik lagi. Lain kali kami pergi lagi.


Gambar : Facebook 1 & 2

(Marzuki)

Tuesday, April 13, 2010

Ahli Baru Kelab Rakan Muda Dungun







Kami berjaya menarik beberapa orang penyertaan ahli baru dari kalangan mereka yang sudah berkerjaya tetap. Ini menunjukkan komitmen kami terhadap kelab di bawah pengolahan kami. Kami ingin menjalinkan silaturrahim bukan sahaja sekitar Daerah Dungun, malah yang berada di sekitar Kerteh dan juga Paka.

(Suhaila)


Perhatian!

Kementerian Belia & Sukan Daerah Dungun ingin menjayakan kursus asas menjahit pakaian wanita dan sulaman manik. Bagi mereka yang meminati bidang rekaan, kami dari Kelab Rakan Muda Daerah Dungun ingin sekali mengesyorkan latihan kemahiran ini. Bukan sahaja dapat menambah pengetahuan kita yang sedia ada, malah dapat mengisi masa lapang pada hujung minggu selama 8 kali sesi latihan.

Latihan kemahiran menjahit ini tidaklah formal sepertimana yang kita sedia maklum serta tidak menjurus kepada penduduk sekitar Daerah Dungun sahaja. Kami amat mengalu-alukan penyertaan mereka yang tinggal di kawasan Paka, Kerteh, Kemaman, mahupun sekitar Negeri Terengganu.

Program ini akan diadakan pada 10, 17, 24 April Hingga 01, 08, 15, 22, dan 29 Mei 2010 bertempat di Kolej Utama Teras Timur Dungun. Yuran pendaftaran RM 10.00 Sahaja.

Setakat ini, penyertaan terbuka kepada semua peringkat umur, dan sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:

Pejabat Belia & Sukan
Tingkat 3, Lot 8891,
Bangunan Femous Maju Enterprise,
Jalan Yahya Ahmad,
23000 Dungun,
Terengganu Darul Iman.
09 - 8423121 / 09 - 8423122

(Suhaila)


Friday, April 9, 2010

Boling di Mesramall Kerteh

Tarikh : 03 April 2010
Masa : 06:30 petang
Tempat : Dewan Boling, Mesramall

Beberapa ahli Kelab Rakan Muda mengadakan pertandingan Boling selepas berpenat-lelah bersenamrobik selama dua hari berturut-turut. Walaubagaimana pun aktiviti ini sekadar suka-suka dan tak ada kena mengena dengan perancangan kelab. Ianya sekadar untuk merapatkan hubungan sesama ahli kelab.

Diharapkan pada masa mendatang sesama ahli boleh berkumpul sebegini dengan lebih ramai lagi walaupun tidak terikat dengan sebarang program kelab.

Hajat hati nak tengok wayang tapi pawagam belum rasmi lagi.




Muka-muka juara.




Tiba-tiba histeria plak sebab kalah main boling.




Muka-muka kecewa bola boling masuk longkang.




Macam-macam gelagat. Alina duduk rehat je sebab sakit perut. Tahu-tahu jelah perempuan.



Alina, Ella dan Leha.



Apa yang Kamal dan Zedo buat tu?


Gambar : Facebook

(Marzuki)

Wednesday, April 7, 2010

Perhatian!

Kursus Rekreasi Luar Tahap Satu akan diadakan di Damai Beach Resort anjuran Pejabat Belia & Sukan Dungun Pada 22-24 April ini. Seramai 25 peserta sahaja diperlukan. Cepat selagi ada kekosongan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Fadhil bin Baharudin, 013-4557020 untuk sebarang pertanyaan.

(Marzuki)

Saturday, April 3, 2010

Kursus Asas Senamrobik Dungun

Tarikh : 02 - 03 April 2010
Masa : 08:30 - 06:30 petang
Tempat : Dewan Perpaduan Daerah Dungun
Anjuran : Kelab Rakan Muda Dungun dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan dan Kelab Kecergasan Dungun.

Fadhil, Ikhlas, Alina, Leha, Ella dan Marzuki.



Ini dia cikgu Senamrobiknya, kalau minat boleh sertainya 3 kali seminggu. Perempuan sahaja!



Masing-masing tak sabar nak tunjukkan bakat terpendam nampaknya.



Penyibuk je, mari tak senamrobik pun. Jadi orang belakang tabir je.


Gambar : Facebook album



Video : Mediafire | Youtube

Semua peserta yang hadir dianugerahkan Sijil Kursus Asas Senamrobik Dungun. Sebelum pulang semua tetamu jemputan dan ahli dikehendaki makan petang sebelum bersurai.

(Marzuki)

Mesyuarat Agung 2010 Kali Ke-3

Tarikh : 21 Mac 2010
Masa : 02 - 06 petang
Tempat : Hotel Mayang Sari, Dungun



Walaupun Kelab Rakan Muda Dungun tidaklah seaktif kelab-kelab yang lain tetapi dengan rasa rendah dirinya kami ahli-ahli dan organisasi kelab merasa bangga kerana terpilih di antara 5 Kelab Rakan Muda yang terbaik di negeri Terengganu.

Acara berlangsung pada pukul 2 petang dan seramai 40 orang ahli baru termasuk ahli lama menyertai program ini. Acara dimeriahkan oleh kata-kata pembuka oleh Penasihat Kelab Rakan Muda Dungun dan turut dihadiri oleh organisasi kelab sebelumnya. Beliau selaku penasihat banyak memberi teguran dan nasihat kepada kelab ini untuk memantapkan organisasi dan kelab agar pada masa akan datang supaya mendapat sambutan dari seluruh penduduk dari daerah setempat.

Tambahnya lagi kelab ini amat berguna kepada golongan muda kerana selain dari mengisi masa lapang ia juga boleh meningkatkan jati diri seseorang. Akhir kata dari beliau, kelab ini sepatutnya digunakan sebaik-baiknya dan ianya mampu melahirkan insan yang kuat dari segi intelek, rohani dan fizikalnya.

Acara berakhir dengan pembahagian hamper kepada peserta melalui cabutan bertuah dan sebagai merasa berterima kasih penasihat kelab juga turut diberi sedikit cendera mata. Selepas itu senua ahli dikehendaki menandatangani tandatangan diatas sebuah bingkai cermin untuk menutup program.

Seterusnya ahli-ahli kelab untuk tahun ini memilih organisasi baru kelab untuk tahun ini. Setelah sebulat suara akhirnya beberapa jawatan diisi dengan beberapa orang ahli baru.

Pengerusi
:
Mohd Fadhil bin Baharuddin

Naib Pengerusi :
Mohd Kamal bin Kunchi Mohammad

Setiausaha :
Nor Leha binti Sulong

Timbalan Setiausaha :
Ikhlas bin Hassan

Bendahari :
Alina binti Ali

Ahli Jawatan Kuasa :
Marzuki bin Jalil
Muhazam Shah bin Mohamed Ali @ Embong
Mohd Khairul Azizi bin Lim @ Abdul Halim
Nor Hamira binti Yahya
Mohd Khairudin bin Khalid
Ahmad Zaidulkhair bin Ismail
Mohd Aminuddin bin Mohammad
Khairul Azwan bin Che Rosli
Nur Malissa Sufiea binti Ana
Nur Nadira bin Abdul Rahman

Pemeriksa Kira-kira :
Azreen bin Ab. Rahman
Suhaila binti Ramli

(Marzuki)