Saturday, July 31, 2010

Kursus Membina Laman Blog

Tarikh : 28 - 29 Julai 2010
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Komuniti Bestari.Com Rantau Abang Dungun

Kursus Membina Laman Blog banyak memberi pendedahan tentang cara penggunaan blog dengan betul dan berkesan. Peserta dibekalkan modul untuk memudahkan kefahaman dan peserta boleh merujuknya sendiri dirumah.

Walaupun ramai penyertaan dalam kursus ini, tempat yang terhad menyebabkan seramai 11 orang peserta terawal sahaja terpilih menghadiri kursus ini. Pun begitu, kursus ini akan diadakan lagi memandagkan sambutan menggalakkan dari semua peserta.





Gambar : Facebook

Mesyuarat

Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun

Mesyuarat tentang program yang dijalankan untuk bulan ogos ini. Memandangkan bulan ramadhan jatuh pada bulan ogos, kebanyakkan program terikat dengan aktiviti-aktiviti kemasyrakatan. Seperti contoh majlis berbuka puasa sesama ahli, sukarelawan membersihkan kawasan rumah kebajikan dan sebagainya.

Walaubagamanapun kemungkinan pada bulan ogos ini juga akan diadakan program kayuhan basikal, futsal dan banyak lagi. Walaubagaimanapun program ini diputuskan dalam mesyuarat dan insya'Allah akan dilaksanakan.







Sunday, July 25, 2010

Perhatian!

Diminta seramai 15 orang peserta Kelab Rakan Muda Dungun menjadi sukarelawan sempena Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen akan diadakan pada 29 - 31 Julai 2010 bertempat di Kampung Pasir Raja Dungun. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun atau ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda Dungun sebelum 27 julai 2010. Harap maklum.

Perhatian!

Perhatian kepada ahli jawatakuasa Kelab Rakan Muda Dungun. Mesyuarat bulanan akan diadakan pada 26 Julai 2010 bersamaan hari isnin pada pukul 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Dungun. Kerjasama anda amat diperlukan.

Perhatian!



Diminta seramai 40 orang peserta Kelab Rakan Muda Dungun menjadi sukarelawan sempena sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan pada 29 Julai 2010 pada pukul 9 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun.

Sunday, July 18, 2010

Perhatian!



Pada 27 hingga 28 Julai 2010 akan diadakan Kursus Membina Laman Blog dan pada 2 hingga 3 3 hingga 4 Ogos 2010 akan diadakan Kursus Penyelenggaraan Komputer bertempat di Pusat Komuniti Bestari.Com Rantau Abang Dungun. Penyertaan adalah percuma tetapi terhad.

Update : Tarikh Kursus Penyelenggaraan Komputer ditunda kepada 3 hingga 4 Ogos, harap maklum.

Mesyuarat Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen

Tarikh : 15 Julai 2010
Tempat : Kampung Pasir Raja
Kerjasama : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Marang





Taklimat Anugerah Remaja Perdana

Tarikh : 15 Julai 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh pihak Kerajaan diatas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yeng menyumbang ke arah proses kematangan mereka.

Taklimat ini dihadiri oleh Encik Zulbahari selaku Pegawai Belia & Sukan Dungun serta Puan Nadiah untuk memberi taklimat kepada lebih 20 peserta Rakan Muda Dungun.







Monday, July 12, 2010

Ekspedisi Kejurulatihan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Terengganu 2010

Tarikh : 9 - 12 Julai 2010
Tempat : Chemerong





Gambar : Facebook (Rahimah Abdullah)

Kursus Asas Instruktur & Pengurusan Gimnasium Rakyat Dungun 2010

Tarikh : 12 & 13 Julai 2010
Tempat : Gimnasium Rakyat Daerah Dungun (GIRAM)
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun
Dengan Kerjasama : Kelab Gimnasium Rakyat GIMAS

Seramai lebh 35 orang peserta menghadiri kursus ini yang bertempat di Gimnasium Rakyat Daerah Dungun (GIRAM). Kursus ini diadakan selama 2 hari berturut-turut dan banyak ilmu baru yang dapat dikongsikan kepada peserta oleh Puan Mak Wan B.

Objektif kursus ini sebenarnya adalah memberikan pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan latihan yang betul dan asas pengurusan Gim. Selain itu kursus ini juga memberikan pengetahuan asas kepada peserta berkaitan anatomi dan permakanan yang sesuai untuk kecergasan dan latihan bebanan. Ia juga menyediakan asas kepada peserta kearah melahirkan instruktur dan pengurusan gimnasium yang bertauliah. Akhir sekali ia juga untuk mendedahkan kepada masyarakat peranan dan kemudahan Gimnasium rakyat selain meningkatkan penyertaan dalam sukan massa kearah mewujudkan masyarakat berbudaya sukan.







Perhatian!

Perhatian kepada ahli Kelab Rakan Muda Dungun. Sesiapa yang ingin menyertai program ANUGERAH REMAJA PARDANA (ARP) sila beri nama, no kad pengenalan kepada ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda Dungun. Penyertaan adalah terhad. Sesiapa yang terpilih akan menghadiri satu taklimat pada 14/7/2010 pada hari rabu bertempat bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Dungun pada pukul 8 malam. Harap Maklum.