Tuesday, November 16, 2010

Perhatian! PKRM Dungun Kini Dibuka



Pusat Kegiatan Rakan Muda Dungun kini beroperasi dari Isnin hingga Sabtu pada pukul 10 pagi hingga 8 malam. Terbuka kepada semua, ianya adalah percuma.

Wednesday, November 3, 2010

Perhatian!

Pada 5 November 2010 diminta semua ahli Kelab Rakan Muda Dungun beramai-ramai hadir untuk gotong-royong di bilik Kelab Rakan Muda Dungun (Bersebelahan Pusat Kegiatan Rakan Muda Dungun) pada pukul 2 petang.

Saturday, October 30, 2010

Perhatian!

Kepada ahli jawatankuasa kelab Rakan Muda Dungun pada 30.10.2010i jam 8.30 malam. Mesyuarat bulan 10 akan diadakn di kedai belakang CIMB Dungun. Kehadiran anda amat kami hargai.

Monday, October 25, 2010

Perhatian!



Tawaran mengikuti Kursus Asas Excel Siri 2 & Siri 3. Siri 2 pada tarikh 27 & 28 Oktober 2010 dan Siri 3 pada tarikh 5 & 6 November 2010. Bertempat di PKRM Dungun. Bayaran adalah percuma tetapi penyertaan adalah terhad.

PKRM Dungun Kini Dibuka



Pusat Kegiatan Rakan Muda Daerah Dungun kini mula beroperasi.

Hari : Isnin hingga Sabtu
Waktu operasi : 10 pagi - 4 petang.
Bayaran : Percuma untuk ahli Kelab Rakan Muda.

Sunday, October 17, 2010

Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 30 Sept hingga 2 Oktober 2010
Tempat : Kuala Ibai, Terengganu.






Facebook : Ummi Arrina (Album), Nurshafiqa Mohd Yusoff (Album)

Saturday, October 9, 2010

Kursus Kepimpinan Pertengahan Peringkat Negeri Terengganu

Tarikh : 5 hingga 8 Oktober 2010
Tempat : APBM Port Dickson, Negeri Sembilan.









Facebook : Takashi Matsuki (Album), Ilham Tercipta (Album), Mohd Izzul Farhan (Album), Mohd Zairi (Album), Maddy Eriy (Album), Fifiela Fnd (Album)

Perhatian!

Tawaran kepada belia untuk mengikuti Kursus Kemahiran Teknologi Maklumat / Perhotelan di Institut Perdangangan Malaysia (IPM) Dungun. Yuran Pengajian Percuma (6 bulan) dan tawaran terhad. Borang boleh didapati di Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun. Tarikh tutup 20 Okt 2010.

Tuesday, October 5, 2010

Perhatian!

Tawaran mengikuti Kursus Kepimpinan Pertengahan Peringkat Negeri Terengganu pada 5-8 Oktober 2010, bertempat di APBM Port Dickson, Negeri Sembilan. Percuma & pengakutan disediakan. Terbuka kepada belia-belia berumur 20 - 35 tahun khususnya mereka yang berminat /menyertai persatuan belia. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun 09-8423121. Penyertaan adalah terhad.

Tuesday, September 21, 2010

Perhatian!



Tawaran mengikuti Kursus Asas Kayak Negeri Terengganu pada 30 Sept hingga 2 Oktober 2010, bertempat di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Percuma tetapi pengakutan sendiri. Terbuka kepada belia-belia berumur 20 hingga 35 thn yang berminat. Borang ppenyertaan boleh didapati Pejabat Belia & Sukan Dae Dungun atau hubungi ditalian 09-8423121. Penyertaan terhad berdasarkan mereka yg terawal menghantar borang dan aktif dlm kegiatan belia.

[via : Pejabat Belia & Sukan Dungun]

Saturday, August 21, 2010

Futsal Sahur 1 Malaysia 2010

Tarikh : 20 Ogos 2010
Tempat : Twin Court, Batu 50









Ternyata pertandingan Futsal Sahur 1 Malaysia yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Rakan Muda untuk tahun ini disambut meriah baik daripada pemain dan penyokong. Walaupun ianya hanya terbuka kepada 8 team dan kemudiannya menjadi 10 tetapi sambutannya dapat dirasai oleh sesiapa yang hadir pada malam itu.

Tahniah kepada Juara iaitu Team Azan, Naib Juara iaitu Team Kamal FC, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Team Simpang 6 dan Khucalana. Kesemua pemain nampaknya memberi persaingan yang sihat dan ternyata permainanan futsal merapatkan kembali ahli-ahli Kelab Rakan Muda Dungun.

Selain itu pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan permainan amal oleh Kelab Rakan Muda Dungun menentang Pejabat Belia & Sukan Dungun. Terima kasih kepada En. Zulbahari selaku Pegawai Belia & Sukan Dungun yang sanggup untuk turun padang.

Semoga pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada bulan-bulan berikutnya. Terima kasih kepada ajk kelab menjadi urusetia pertandingan.

Gambar : Facebook Alina | Neerza

Saturday, August 14, 2010

Perhatian!

Pada 20 hari bulan ogos 1 pertandingan Futsal Sahur akan diadakan pada pukul 00.01 hinggal 04.00 pagi. Pernyertaan terdiri daripada 10 kumpulan dan setiap ahli boleh menghubungi mana-mana ajk kelab untuk menyertainya. Antara ajk terlibat adalah Azam, Marzuki, Ikhlas, Alina, Suhaila, Baji, Zedo dan Kamal.

Seorang ahli jawatan kuasa adalah untuk 1 kumpulan. Setiap kumpulan memerlukan 8 orang pemain. Court akan diputuskan kemudian. Yang pasti ada hadiah untuk sang juara. Terbuka kepada ahli Kelab Rakan Muda sahaja.

Wednesday, August 11, 2010

Perhatian!



Program Membetulkan Bacaan Al-Quran setiap Isnin, Selasa & Rabu sepanjang bulan Ramadhan ini pada jam 1.00 - 2.00 petang bertempat di Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun.

Ahli-ahli yang mengalami masalah bacaan bolehlah datang beramai-ramai dan sila bawa Al-Quran dan rehal sendiri. Semoga kedatangan anda memberkati majlis ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 09-8423121 (Puan Nadia) pada waktu pejabat.

Selamat Berpuasa







Kelab Rakan Muda Dungun ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi yang beragama islam dan semoga semua ahli-ahli kelab dapat menunaikan rukun islam yang kedua ini tanpa sebarang kesulitan.

Program-program yang dianjurkan jangan tak pergi plak ya!

Sunday, August 8, 2010

Perhatian!

Satu mesyuarat akan diadakan pada 9 ogos 2010 hari isnin pada jam 8.30 malam bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun. Diharap ajk2 kelab dapat bagi kerjasama yang tinggi untuk menghadiri mesyuarat. Kerjasama anda amat kami hargai.

Monday, August 2, 2010

Cara 'Suggest To Friend' Page Kelab Rakan Muda Dungun



Cara ini untuk mempromosikan Page Kelab Rakan Muda Dungun melalui Facebook. Setakat ni alhamdulillah lebih 600 orang follower Page Kelab Rakan Muda Dungun. Bayangkan setiap seorang daripada anda suggest kat kawan-kawan anda kalau paling-paling 'komang' pun 10 orangnya pasti kita akan dapat meningkatkan jumlah follower Page Kelab Rakan Muda Dungun ini.

Kalau anda tak keberatan suggest kat 1000 orang kawan-kawan anda pun tak kisah. Yang penting kita ambil tempat walau apa-apa pun demi kebaikan kelab kita.

Saturday, July 31, 2010

Kursus Membina Laman Blog

Tarikh : 28 - 29 Julai 2010
Masa : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Pusat Komuniti Bestari.Com Rantau Abang Dungun

Kursus Membina Laman Blog banyak memberi pendedahan tentang cara penggunaan blog dengan betul dan berkesan. Peserta dibekalkan modul untuk memudahkan kefahaman dan peserta boleh merujuknya sendiri dirumah.

Walaupun ramai penyertaan dalam kursus ini, tempat yang terhad menyebabkan seramai 11 orang peserta terawal sahaja terpilih menghadiri kursus ini. Pun begitu, kursus ini akan diadakan lagi memandagkan sambutan menggalakkan dari semua peserta.





Gambar : Facebook

Mesyuarat

Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun

Mesyuarat tentang program yang dijalankan untuk bulan ogos ini. Memandangkan bulan ramadhan jatuh pada bulan ogos, kebanyakkan program terikat dengan aktiviti-aktiviti kemasyrakatan. Seperti contoh majlis berbuka puasa sesama ahli, sukarelawan membersihkan kawasan rumah kebajikan dan sebagainya.

Walaubagamanapun kemungkinan pada bulan ogos ini juga akan diadakan program kayuhan basikal, futsal dan banyak lagi. Walaubagaimanapun program ini diputuskan dalam mesyuarat dan insya'Allah akan dilaksanakan.







Sunday, July 25, 2010

Perhatian!

Diminta seramai 15 orang peserta Kelab Rakan Muda Dungun menjadi sukarelawan sempena Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen akan diadakan pada 29 - 31 Julai 2010 bertempat di Kampung Pasir Raja Dungun. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun atau ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda Dungun sebelum 27 julai 2010. Harap maklum.

Perhatian!

Perhatian kepada ahli jawatakuasa Kelab Rakan Muda Dungun. Mesyuarat bulanan akan diadakan pada 26 Julai 2010 bersamaan hari isnin pada pukul 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Dungun. Kerjasama anda amat diperlukan.

Perhatian!



Diminta seramai 40 orang peserta Kelab Rakan Muda Dungun menjadi sukarelawan sempena sambutan Hari Belia Negara yang akan diadakan pada 29 Julai 2010 pada pukul 9 pagi hingga 6.00 petang bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu. Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun.

Sunday, July 18, 2010

Perhatian!



Pada 27 hingga 28 Julai 2010 akan diadakan Kursus Membina Laman Blog dan pada 2 hingga 3 3 hingga 4 Ogos 2010 akan diadakan Kursus Penyelenggaraan Komputer bertempat di Pusat Komuniti Bestari.Com Rantau Abang Dungun. Penyertaan adalah percuma tetapi terhad.

Update : Tarikh Kursus Penyelenggaraan Komputer ditunda kepada 3 hingga 4 Ogos, harap maklum.

Mesyuarat Program Rakan Muda Wawasan Desa Parlimen

Tarikh : 15 Julai 2010
Tempat : Kampung Pasir Raja
Kerjasama : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun dan Pejabat Belia & Sukan Daerah Marang





Taklimat Anugerah Remaja Perdana

Tarikh : 15 Julai 2010
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan sebuah program pengiktirafan oleh pihak Kerajaan diatas penglibatan remaja secara aktif dalam bidang-bidang yeng menyumbang ke arah proses kematangan mereka.

Taklimat ini dihadiri oleh Encik Zulbahari selaku Pegawai Belia & Sukan Dungun serta Puan Nadiah untuk memberi taklimat kepada lebih 20 peserta Rakan Muda Dungun.







Monday, July 12, 2010

Ekspedisi Kejurulatihan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Negeri Terengganu 2010

Tarikh : 9 - 12 Julai 2010
Tempat : Chemerong





Gambar : Facebook (Rahimah Abdullah)

Kursus Asas Instruktur & Pengurusan Gimnasium Rakyat Dungun 2010

Tarikh : 12 & 13 Julai 2010
Tempat : Gimnasium Rakyat Daerah Dungun (GIRAM)
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun
Dengan Kerjasama : Kelab Gimnasium Rakyat GIMAS

Seramai lebh 35 orang peserta menghadiri kursus ini yang bertempat di Gimnasium Rakyat Daerah Dungun (GIRAM). Kursus ini diadakan selama 2 hari berturut-turut dan banyak ilmu baru yang dapat dikongsikan kepada peserta oleh Puan Mak Wan B.

Objektif kursus ini sebenarnya adalah memberikan pengetahuan dan kemahiran penggunaan peralatan latihan yang betul dan asas pengurusan Gim. Selain itu kursus ini juga memberikan pengetahuan asas kepada peserta berkaitan anatomi dan permakanan yang sesuai untuk kecergasan dan latihan bebanan. Ia juga menyediakan asas kepada peserta kearah melahirkan instruktur dan pengurusan gimnasium yang bertauliah. Akhir sekali ia juga untuk mendedahkan kepada masyarakat peranan dan kemudahan Gimnasium rakyat selain meningkatkan penyertaan dalam sukan massa kearah mewujudkan masyarakat berbudaya sukan.







Perhatian!

Perhatian kepada ahli Kelab Rakan Muda Dungun. Sesiapa yang ingin menyertai program ANUGERAH REMAJA PARDANA (ARP) sila beri nama, no kad pengenalan kepada ahli jawatankuasa Kelab Rakan Muda Dungun. Penyertaan adalah terhad. Sesiapa yang terpilih akan menghadiri satu taklimat pada 14/7/2010 pada hari rabu bertempat bilik mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Dungun pada pukul 8 malam. Harap Maklum.

Sunday, June 27, 2010

BBQ di Pantai Telok Lipat

Setelah berjaya mengadakan Kem Jatidiri di Sekayu tempohari, semua ahli jawatan kuasa meraikan kerjayaan di Pantai Telok Lipat. Dalam masa yang sama untuk meraikan hari jadi pengerusi kelab, Mohd Fadhil Bin Baharudin. BBQ ini tidak ada kena mengena dengan urusan kelab.







Gambar : Facebook (Orange Peace)

Perhatian!

Program 3K Belia Bestari (Kemahiran). Belia-belia berumur 18-25 tahun dari daerah Dungun dipelawa mengikuti latihan di TESDEC (Sijil SKM Tahap 1) bagi beberapa kursus. Antara kursus yang ditawarkan adalah:
  • Kursus Wiring,
  • Kursus Membaiki Kenderaan Bermotor,
  • Kursus Jahitan.

Kos latihan ditanggung oleh Jabatan Belia & Sukan. Mereka yg berminat boleh terus ke Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun secepat mungkin.


Gelagat Program Khemah Kerja Patriotik

Tarikh : 24-26 Jun 2010
Tempat : Kem Damai Beach Resort, Besut
Anjuran : Jabatan Belia & Sukan Negeri Terengganu

Seramai 13 orang wakil dari Dungun dihantar untuk program ini dan jumlah keseluruhan peserta dari semua daerah adalah 46 orang.

Objektif program ini adalah untuk menyemai sikap patriotism dikalangan belia agar mereka lebih bertanggungjawab kepada negara, bangsa dan agama. Ia juga memberi pendedahan kepada belia tentang pentingnya keamanan, perpaduan dan kerjasama dalam sesebuah negara yang berbilang kaum.

Selain itu juga ia membimbing dan membina displin diri dikalangan belia kearah mewujudkan 1Malaysia yang bersatupadu, berketerampilan dan memahami sejarah perjuangan bangsa. Secara tak langsung budaya hidup yang sihat dikalangan belia serta meningkatkan tahap pengetahuan dan pemikiran belia ke arah menjana pembangunan negara sejajar dengan wawasan 2010.

Program ini juga menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti serta komited terhadap perjuangan negara.













Memandangkan telefon tidak dibenarkan untuk digunapakai dalam program ini, maka banyak gambar yang tidak boleh ditangkap.

Gambar : Facebook 1, 2, 3

Tuesday, June 22, 2010

Rukun Rakan Muda

Bagi mencapai wawasan negara dan kesempurnaan sahsiah serta wibawa diri (Maka Kami) generasi muda peserta program Rakan Muda akan sentiasa mematuhi prinsip berikut:-

  1. Patuh dan berpegang kepada prinsip dan semangat Rukun Negara.
  2. Mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang mulia.
  3. Mengamalkan semangat kerakanan, kesukarelaan dan setiakawan.
  4. Menjaga pergaulan antara jantina dan sesama jantina serta menghindarkan perlakuan sumbang.
  5. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dipelbagai program yang disertai.
  6. Mengamalkan nilai kekeluargaan yang terpuji serta semangat persaudaraan umat manusia sejagat.
  7. Mengutamakan keselamatan semasa menyertai program.


Friday, June 18, 2010

Kursus Asas Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2010

Tarikh : 15-18 Jun 2010
Tempat : Kompleks Belia & Sukan Kuala Terengganu
Anjuran : Pejabat Belia & Sukan Daerah Kuala Terengganu

Peserta didedahkan tentang sejarah Wallclimbing pada mulanya. Banyak ilmu dikongsikan oleh En. Sabri bin Chick sebagai tenaga pengajar kami. Seramai 33 peserta dari setiap daerah hadir untuk turut sama belajar tentang suatu sukan rekreasi yang baru.

Antara ilmu yang diajar adalah jenis Wallclimbing yang terbahagi kepada 3 iaitu Speed Climbing, Lead Climbing dan Bouldering. Untuk peserta yang baru, climber memerlukan belaying untuk memastikan keselamatan antara satu sama lain.

Sebelum seseorang peserta mendaki wall, beberapa teknik ikatan didedahkan untuk dipratikkan semasa mendaki. Antara contoh ikatan adalah Thumb Knot, Fisherman Knot/Loop, Figure Of Eight Knot/Loop/Throught, Bouline, Clover/Italian Hitch, Hunter Bend dan pelbagai lagi. Ikatan ini tak semestinya digunakan untuk Wallclimbing sahaja kerana ia boleh digunakan oleh peserta untuk tujuan lain sebagai contoh untuk keselamatan, kegunaan seharian dan lain-lain lagi.

Semasa kursus ini berlangsung, peserta diberi ujian dan hampir semua peserta dapat menjawab dengan baik. Kemungkinan Kursus Wallclimbing tahap 1 akan diadakan nanti bagi pesera yang melepasi ujian dengan cemerlang. Seramai 3 orang wakil dari 5 orang wakil Kelab Rakan Muda Dungun berjaya melepasi ujian seperti yang dikehendaki.













Gambar : Facebook
Video : Facebook