Saturday, August 21, 2010

Futsal Sahur 1 Malaysia 2010

Tarikh : 20 Ogos 2010
Tempat : Twin Court, Batu 50









Ternyata pertandingan Futsal Sahur 1 Malaysia yang julung kalinya diadakan oleh Kelab Rakan Muda untuk tahun ini disambut meriah baik daripada pemain dan penyokong. Walaupun ianya hanya terbuka kepada 8 team dan kemudiannya menjadi 10 tetapi sambutannya dapat dirasai oleh sesiapa yang hadir pada malam itu.

Tahniah kepada Juara iaitu Team Azan, Naib Juara iaitu Team Kamal FC, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Team Simpang 6 dan Khucalana. Kesemua pemain nampaknya memberi persaingan yang sihat dan ternyata permainanan futsal merapatkan kembali ahli-ahli Kelab Rakan Muda Dungun.

Selain itu pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan permainan amal oleh Kelab Rakan Muda Dungun menentang Pejabat Belia & Sukan Dungun. Terima kasih kepada En. Zulbahari selaku Pegawai Belia & Sukan Dungun yang sanggup untuk turun padang.

Semoga pertandingan ini dapat diteruskan lagi pada bulan-bulan berikutnya. Terima kasih kepada ajk kelab menjadi urusetia pertandingan.

Gambar : Facebook Alina | Neerza

Saturday, August 14, 2010

Perhatian!

Pada 20 hari bulan ogos 1 pertandingan Futsal Sahur akan diadakan pada pukul 00.01 hinggal 04.00 pagi. Pernyertaan terdiri daripada 10 kumpulan dan setiap ahli boleh menghubungi mana-mana ajk kelab untuk menyertainya. Antara ajk terlibat adalah Azam, Marzuki, Ikhlas, Alina, Suhaila, Baji, Zedo dan Kamal.

Seorang ahli jawatan kuasa adalah untuk 1 kumpulan. Setiap kumpulan memerlukan 8 orang pemain. Court akan diputuskan kemudian. Yang pasti ada hadiah untuk sang juara. Terbuka kepada ahli Kelab Rakan Muda sahaja.

Wednesday, August 11, 2010

Perhatian!



Program Membetulkan Bacaan Al-Quran setiap Isnin, Selasa & Rabu sepanjang bulan Ramadhan ini pada jam 1.00 - 2.00 petang bertempat di Pejabat Belia & Sukan Daerah Dungun anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun.

Ahli-ahli yang mengalami masalah bacaan bolehlah datang beramai-ramai dan sila bawa Al-Quran dan rehal sendiri. Semoga kedatangan anda memberkati majlis ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 09-8423121 (Puan Nadia) pada waktu pejabat.

Selamat Berpuasa







Kelab Rakan Muda Dungun ingin mengucapkan Selamat Berpuasa bagi yang beragama islam dan semoga semua ahli-ahli kelab dapat menunaikan rukun islam yang kedua ini tanpa sebarang kesulitan.

Program-program yang dianjurkan jangan tak pergi plak ya!

Sunday, August 8, 2010

Perhatian!

Satu mesyuarat akan diadakan pada 9 ogos 2010 hari isnin pada jam 8.30 malam bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Belia & Sukan Dungun. Diharap ajk2 kelab dapat bagi kerjasama yang tinggi untuk menghadiri mesyuarat. Kerjasama anda amat kami hargai.

Monday, August 2, 2010

Cara 'Suggest To Friend' Page Kelab Rakan Muda Dungun



Cara ini untuk mempromosikan Page Kelab Rakan Muda Dungun melalui Facebook. Setakat ni alhamdulillah lebih 600 orang follower Page Kelab Rakan Muda Dungun. Bayangkan setiap seorang daripada anda suggest kat kawan-kawan anda kalau paling-paling 'komang' pun 10 orangnya pasti kita akan dapat meningkatkan jumlah follower Page Kelab Rakan Muda Dungun ini.

Kalau anda tak keberatan suggest kat 1000 orang kawan-kawan anda pun tak kisah. Yang penting kita ambil tempat walau apa-apa pun demi kebaikan kelab kita.